Berbincang mengenai perancangan kewangan ni, kita tak boleh lari dari 4 perkara utama.
Iaitu
1- Wealth Creation
Rata-rata antara kita bermula daripada sifar (tiada kekayaan)....dan yang bernasib baik mungkin ada antara kita yang memiliki kekayaan hasil dari peninggalan generasi yang lepas. Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, bagaimana kita bermula mengumpul kekayaan dari 0. Saya akan berkongsi cara2 yang ada (setakat yang saya tahu, pada pembaca mungkin boleh tambah komen)...dan saya juga akan berkongsi apa yang saya buat..
Setelah kita ada sedikit pelaburan, sebagai jump start, kita jangan le cepat sangat rasa berpuas hati. Sebab ada satu lagi step yang kita perlu fikirkan, iaitu bagaimana untuk buatkan pelaburan kita tu bekerja untuk menambahkan pelaburan yang sedia ada sekuat mana kita bekerja atau lebih kuat lagi. So, di peringkat nie, kena ada banyak ilmu pasal financing, ASB, Over Draft dan sebagainya....sebab kalau ada ilmu nie, process pengumpulan kekayaan kita menjadi lebih mudah. Saya kongsikan kat sini, apa yang saya buat... Bermula dengan sebuah apartment, tambah satu rumah teres, apartment tu disewakan...walau pun tak mahal, kira cover le bulanan punya installment....ada lebihan pendapatan kat situ, simpan lagi dalam ASB...dapat lagi dividen dan bonus...kemudian, ada bank offer untuk refinance rumah apartment tersebut. Saya memula rasa tak perlu, nak buat apa refinance....tapi cari maklumat kat internet...rupanya, refinance boleh dapat extra cash utk kita tambahkan dan kumpul pelaburan kita...kira punya kira saya buat dan dapat cash dalam RM 40K...beli 70K, refinance RM 110K....monthly tambah sikit je, tapi since rumah tu ada penyewa, kira loan tersebut dah cover dengan duit sewa. RM 40K...tambah dengan duit saving...ada dekat RM 80K...baca lagi forum2 kat internet...dapat pulak ilmu pasal Over Draft a.k.a OD, dan dari situ saya terus manipulate OD dengan loan ASB, dengan rumah lelong atau rumah2 kos sederhana yang ada potensi tinggi untuk disewakan....dengan projek lembu kat kampung....sekarang nie, semua tu sedang berjalan dan process pengumpulan harta (wealth accumulation)..sedang berjalan...Mungkin ada yang lebih hebat daripada saya, bagus lah kalau macam tu, tapi tujuan saya berkongsi cerita ini adalah untuk orang yang tak tau macam mana nak mulakan semua benda nie...supaya mereka lebih cepat tahu dan lebih cepat buat... Untuk projek OD-ASB ( saya dah pernah dapat dividen beberapa kali, so far on track dengan planning yang saya buat)...now tengah kumpul pulak kat ASW....Alhamdulillah, saya dapat mendidik wife saya untuk sama2 accumulate wealth nie..walau pun pada mulanya beliau kurang setuju sebab dia tak study habih lagi...saya dah bermalam2 asyik mengadap forum kat internet mengkaji secara mendalam, sampai join TT tengah malam..untuk dapatkan ilmu ini... Alhamdulillah, sekarang nie dah nampak hasilnya.... Hasil dari pengumpulan asset yang saya sebutkan tadi, saya dapat tambah satu lagi apartment, baru je dapat kunci, tak pasang grill lagi, dah ada tenant...sebab tempat agak hot, walau pun infra tak compelete lagi, tapi pada masa akan datang, Insyallah tempat tu akan jadi hot...boleh jadi sumber pendapatan pasif setiap bulan...:D. Now saya tengah explore pelaburan dalam emas pulak, sebab saya ada beberapa sahabat yang dah berjaya buat benda nie...jadi, bermula dengan sedikit ilmu, kita dapat kumpul duit, settlekan credit card, ada surplus simpan, dan kumpul...akhirnya macam2 kita boleh buat.... 3- Wealth Protection |
Saya bagi analogi macam nie, kita simpan duit, kumpul asset, tapi, kita tak de insurance (sama ada life insurance atau medical card)...tapi saya lebih pentingkan medical card...sebabnya....kalau Allah nak uji kita dengan sakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi?....kalau kita tak sediakan emergency fund, semua asset yang kita kumpul kita kena cairkan...dan bila dah start cair, kita nak kumpul, bukan boleh dapat dalam jangka masa yang singkat...kalau kita dah kumpul semua aset tu dalam masa 10 tahun, tetiba perlukan duit utk biaya kos rawatan, dalam masa seminggu habih semua duit tu bayar kat Doktor....so, 10 tahun punya usaha, habih dalam masa semingu...
Ini contoh ringkas. Sebab tu saya dah prepare emergency fund saya (medical card)..bukan sahaja untuk saya, malah untuk anak isteri sekali. Sebab kalau kita ada sekali pun, kalau isteri dan anak takder perlindungan, kalau kena kat diorang, kita jugak kena keluarkan duit....jadi, jangan sampai kita sendiri yang terpaksa keluarkan duit untuk tu. Jadilah bijak dengan amik perlindungan kewangan secukupnya...
4- Wealth Distribution
Akhir sekali, pengagihan kekayaan....atau yang paling mudah adalah wasiat...benda nie amat penting...sebab kita develop business atau kekayaan untuk kita wariskan kepada generasi kita akan datang....jadi, kalau kita tak channelkan dengan cara yang betul, sesilap semua asset yang ada terpaksa dibekukan sehinggalah process pembahagian harta tersebut selesai....
Begitulah serba sedikit perkongsian saya dan apa yang saya buat...Alhamdulillah, saya dalam business insurance dan takaful, dapat mengumpul semua ini...tapi ini bukanlah segala2nya....kita kumpul didunia untuk bekalan di Akhirat...itu adalah matlamat utama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan